Isnin, 5 Mac 2012

JOM MENCIPTA DIRI !!

syirik!! apa ni cipta diri pula, sesat!
(jom baca dulu sebelum menilai..)

Pernah dengar?
~TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY..
~RM 8.84 bilion, nilai asetnya
~menduduki tangga ke-7 individu terkaya di Malaysia

pernah terjangkau tidak, rasional pemikiran untuk menjadi persis dirinya??


Alasan: "memanglah asalnya dia miskin, tapi dia 'pandai' nak jadi kaya!"
"tak beranilah nak jadi macam dia, aku ni kurang ilmu!"
"dia 'Luar Biasa'! aku ni 'macam biasa' ja.."

SEDAR! SEDARLAH MANUSIA!
Kita sentiasa "memilih kehidupan" kita!
Jangan cukup mudah membicarakan "memang aku ditakdirkan simple!"
Jangan terus "memilih kehidupan" yang melemahkan semangat ini!
Lalu terus melihat orang lain hebat semakin hebat!

"Kau senanglah cakap! Dia tu LAIN! takpelah!"
(Dia tak akan jadi LAIN, melainkan kita PERCAYA dia lain...)

Nak dengar cerita?
- Ada seorang lelaki A yang sering datang kerja tanpa gagal!
- Dia amat bertuah kerana memiliki kesihatan diri yang cukup baik.
- Dia selalu datang ke tempat kerja dengan wajah yang terukir senyuman..
- Cuba bayangkan! Apabila dia lalu sahaja, "Wah, kau nampak berseri-seri! Semangatnya!!"
- "Amboi senyum lebar nampak! Happy je hari ini? Sampai mata pun tersenyum!"
- "Alhamdulillah! Kau nampak sihat betul hari ini!"
- rasa-rasanya apa yang bermain di fikiran Si A ni? PASTI DIA LAGI BERSEMANGAT!


- Tapi kawan-kawannya berpakat ingin menduga reaksi dirinya..
-Sewaktu dia datang ke pejabat seperti biasa, "Eh, kenapa muka kau pucat betul?"
- Dia cuba tidak mengendahkan saja, tapi lagi seorang, "Ya Allah, kenapa nampak kau macam tak sihat??"
- Si A sudah mula fikir yang bukan2 walaupun dia sihat pada awalnya!
- Lagi seorang, " Kalau kau rasa nak berehat terpulanglah! Kau nampak semacam.."
- Akhirnya dia semakin memikirkan APA YANG TIDAK KENA DENGAN DIRINYA!
- Semakin dia berfikir, semakin dia rasa benar-benar SAKIT!!!


~LIHATLAH BETAPA SEMUANYA TERLETAK DI MINDA!~

sebenarnya, kitalah yang menentukan siapa kita hendak jadi..
setiap daripada kita bangkit daripada mimpi saban pagi, mencelikkan mata namun
langsung tiada terlintas gambaran matlamat dirinya untuk hari itu!
Itulah pemuda pemudi dewasa kini!
(termasuk yang menulis, mengakui kekhilafan diri..)

Jangan biarkan hari-hari berlalu
tanpa sebarang mimpi membangunkan tugu iman!
kerana itulah tujuan penciptaan kita..
bayangkan Diri Kita sebagai Umat yang dikehendaki Baginda..

Iktibar Al-Fateh!

Betapa semenjak kecil dia ditubi,
"Engkaulah Penakluk Kota Konstantinopel!"
"Engkaulah yang Nabi maksudkan, engkau!"
Maka dia pun PERCAYA!!

Bermulalah dirinya berimiginasi!
Dia mula berbicara..
mula bertindak..
mula berfikir...
Seperti seorang Penakluk Kota Konstantinopel!

Saban malam dia bertahajud!
Saban detik difikirkan strategi kejayaan!
Semuanya bermula dengan SATU IMIGINASI!

Bermimpilah!

Fikirkan IDOLA kita, bayangkan KALAU KITA DI TEMPATNYA!

Gambarkanlah Lukisan Kejayaan! Maka sibukkanlah diri menjadikan Lakaran suatu Kenyataan!

tak percaya lagi??
Ayuh, cuba nafikan!!
Graham Bell mengangankan KOMUNIKASI TANPA TEMU sebelum mencipta TELEFON!
Thomas Edison menggambarkan MALAM SEINDAH SIANG sebelum mencipta MENTOL!

Eh, tengah baca lagi ke??
Jom kita "CIPTA" sebuah CERITA KEJAYAAN!
Cerita Tentang Kejayaan Kita!

Dah lah baca!
Pejam mata dan "LIHATLAH!!!!"